ECOFAB : PROGRAM PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI
Untitled design(4)

PENGENALAN

Program Pengurusan Pakaian Terpakai (ECOFAB) merupakan salah satu inisiatif daripada LIPAN Integrated Recycling Technologies PLT (LIPAN). Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan setiap daripada pakaian terpakai yang tidak lagi diingini oleh tuan asal mereka mendapat peluang kedua sama ada untuk dipakai semula atau diproses menjadi bahan mentah industri dan yang paling utama bagi mengelakkan pakaian-pakaian ini dibuang merata-rata dan mencemarkan alam atau berakhir di tapak pelupusan.

PERJALANAN LIPAN

Bermula pada Mac 2022, LIPAN telah menjalankan pelbagai kempen pengurusan pakaian terpakai di Selangor, Perak, Kelantan dan Johor. Dari satu kempen ke satu kempen, kami melihat sendiri betapa besarnya keperluan masyarakat terhadap sistem pengurusan pakaian terpakai yang lebih teratur, bertanggungjawab dan berimpak.
Sepanjang tempoh tersebut, 1,500 tan pakaian terpakai telah berjaya diuruskan melalui program-program yang kami jalankan. Pada peringkat awal, sebahagian besar kos operasi ini kami tanggung di bawah peruntukan program pendidikan, kesedaran komuniti dan inisiatif lapangan yang LIPAN sendiri laksanakan.
Untitled design(3)
1KG
PAKAIAN TERPAKAI DIURUSKAN
1
LOKASI KEMPEN
1
JUMLAH PESERTA
Untitled design(7)

LANGKAH SETERUSNYA

Apabila skala operasi LIPAN semakin berkembang, pengurusan pakaian terpakai bukan sekadar kerja kutip dan pindah barang. Ia melibatkan kerja-kerja logistik, tenaga kerja, pengasingan, kawalan kualiti, penyimpanan dan penyaluran semula yang memerlukan kos sebenar untuk diuruskan dengan baik.
LIPAN kini mengenakan caj bagi setiap (kg) pakaian terpakai yang dihantar kepada kami. Namun, LIPAN juga sedar yang tidak semua mampu menanggung kos pengurusan pakaian  sepenuhnya. Oleh itu, marilah bersama-sama menyokong DANA SOKONGAN KOMUNITI, agar servis ini boleh terus diakses oleh mereka yang memerlukan. 
Kerana bagi LIPAN, pengurusan pakaian terpakai yang baik bukan sekadar soal barang. Ia soal, tanggungjawab kepada alam sekitar dan generasi masa hadapan.
DANA SOKONGAN KOMUNITI INI DIGUNAKAN UNTUK
LOGISTIK & PENGANGKUTAN

HEBAHAN DAN PROMOSI

TENAGA KERJA LAPANGAN

PELAKSANAAN KEMPEN

kOMITMEN LIPAN

Kos pengasingan pakaian kekal ditanggung sepenuhnya oleh LIPAN.
Setiap sokongan membantu memastikan lebih ramai dapat mengakses servis ini secara bertanggungjawab.

Mereka yang berkemampuan membayar caj pengurusan mengikut kadar per kilogram.

Bagi individu atau komuniti yang layak menerima sokongan, bantuan boleh disalurkan melalui Dana Sokongan Komuniti.
Screenshot 2023-09-12 at 00-02-35 Uploads - Canva
DANA SOKONGAN KOMUNITI